Nuffnang

Wednesday, May 15, 2013

Excuse me teacher, may I go to toilet?

Assalamualaikum wbt,

16 Mei, Hari Guru. Kalau dulu, sure kalut aku dan mak pergi 'Kedai Alat Tulis' sebelah kedai emas. Mak teman aku beli hadiah untuk bagi pad cikgu. Of course duit mak..haih bukan nak tabung untuk benda macam ini kan. Salah aku. Antara semua hadiah, paling yang aku ingat sampai sekarang hadiah bunga ros kering untuk Cikgu Dahlia. Dia ajar BM masa aku dalam kelas 3 Kuning di SKSE. Seronok sambut hari guru, memasing bagi hadiah kat cikgu kegemaran memasing. Bagi aku bagus juga bagi hadiah kat cikgu, at least semua happy.

Anak-anak aku nanti, aku nak bagi ja voucher Parkson ka, Giant ka, Tesco ka, Carefour ka. Habis blur nak cari hadiah kan. Tapi anak-anak sure nak tengok barang itself before they handover to their teachers. Jenuh nak justify dengan anak-anak kelak ;)

Sambil sembang dengan roomate, bila dah dewasa besar macam sekarang. Diri ini la menjadi guru untuk diri sendiri. Untuk bangun awal laksanakan tanggungjawab pada YANG MAHA ESA, lantas bersiap untuk ke office. Berusaha untuk siapkan kerja yang diberikan. Kalau guru dalam diri terpesong, pasti gerak laku pun terpesong. 

Apa-apapun, guru umpama lilin yang menerangi sekelian ruang. Terima kasih atas jasa guru-guru yang sudi mendidik dengan penuh keikhlasan dan tekun sekali. Hanya ALLAH TAALA yang mampu membalas jasa cikgu semuanya. Di harap cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu sampaikan dari tadika sampailah masuk uni. Tak lupa juga Mak Ah yang mengajar alif ba ta masa kecil dulu. Cikgu Aliah di Tadika Kemas. "Cikgu, Hafiz dah kawen ka?" Hihihi.

Semoga cikgu sihat senantiasa dan hidup diberkatiNYA selalu. Amiiiiiiiiiin.

Assalamualaikum wbt.

3 comments:

SuriaRashid said...

Jom buat reunion..windu sekolah kebangsaan simpang empat.

SuriaRashid said...

teacher yati tonggek..huahahahahhh
wei jom reunion..winduu SKSE

Yani said...

tue la kan...buat class kita punya dulu..6 berjaya..