Nuffnang

Thursday, May 30, 2013

Kucing gigit burung

Assalamualaikum,

Poor little bir
Keadaan setiap pagi untuk ke office adalah hanya 40% energy. Cuba nak ke Parkson, sure 200% energy. This morning, iron tudung, potong buah, isi milo+oats dalam tumbler, capai roti yg expired untuk di buat bekal ke office. Kelaur rumah. Kunci and keluarkan kereta. Time nak tutup pagar, nampak kucing besar gigit burung kecik. Alahai. Dengan takut-takut ayam, aku pun cuba halau kucing and dia lepaskan burung tue. Burung dah luka. Aku ambil tissue dalam kereta and angkat burung kecik letak dalam pasu orkid aku yang dah mati dulu. Sangkut pasu orkid kat pagar, ambil daun besar tutup burung and ambil bunga raya letak dalam pasu itu. Mana nak cari cacing weh bagi burung tue makan. Di doakan ada sedara mara, sahabat handai datang tolong selamatkan burung itu. Aku sayangkan binang-binatang kecik berbulu macam tue, kecuali tikus dan seketurunan tikus di dunia ini. Poor bird. I'm not sure if cat's saliva can become toxid to this poor bird. I hope this little bird can lived long. Amiiiiiiiiiiiiin.

Dulu masa burung puyuh aku luka di kepala, sebab duk lawan sesama mereka dalam sangkar, aku dengan bgcik akan sapu minyak gamat ke burung puyuh tue. cuba asingkan mangsa dari golongan yang jahat. Haha. Kesian weih. Aku luka jerawat pun sakit, inikan pula luka gaduh and berdarah. Sure la kasihan lagi sakit.

Tolonglah wahai burung-burung, tolong la terbang tinggi sikit. Jangan rendah sangat sebab di kucing yang kelaparan sedang menunggu anda di bawah. Selama nie aku suka baling makanan untuk burung contohnya - buah buruk, cocoacrunch yang dah lemau, kek/roti yang expired. Tapi untuk kucing sungguh tiada. Iya la. Ikan pun jarang masak and beli, kalau ada sure aku makan habis**normally yang mak kirimkan. Tulang ayam/isi ayam, tunggu masa bulan puasa. Sure tak terhabis dan sayang nak campak dalam tong sampah, kami akan baling ke belakang. Kucing kelaparan sedang menunggu.. Miaauuuwww...

Oh peeps! Hari nie gaji. :)

Photo credit: Here

No comments: