Nuffnang

Tuesday, May 14, 2013

This is no subject. :)

Assalamualaikum wbt,

St Kilda, Melbourne.
Jangan mendengki pada sesiapa saja. Sebab rezeki yang kita ada hari ini bukanlah hak kita, tapi hak DIA, DIA YANG MAHA ESA. Mari panjangkan doa, ringankan mulut dengan istifar supaya kita sabar dengan segala perangai masyarakat. Tidak kira di mana, di rumah, di pejabat, di kedai, di pararaya, di dalam kelas dan sebagainya. Tapi itulah, kita pun manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. Kalau orang lain perlakukan perkara yang tidak baik pada kita, pasti hati ini akan tercuit rasa sedih, marah, kesal. Di harap hati ini mampu bertahan dengan segala permainan dunia. Even kita dah cuba permudahkan segala urusan orang lain, tidak semestinya urusan kita pun akan dipermudahkan. Hanya DIA yang menentukan. Apa yang penting kita cuba jaga hubungan baik dengan semua pihak. Bagi aku, kalau aku terasa hati ka apa benda, aku akan cuba diamkan diri. Bila aku cukup kekuatan aku akan tibai setibainya. Macam pendendam bukan? Ahha. adalah sikit tapi tidaklah berlebihan sebab di harap pihak yang satu lagi akan beringat supaya berhati-hati dalam kelakuan, kata-kata. Sebab kadangkala aku pun kena tibai juga akibat dari kata-kata aku yang pedas. So aku terima la kalau orang buat sedemikian juga pada aku.

Serius nauuu..

Semua orang cuba nak berbaik antara satu sama lain. Samada berlakon atau ikhlas, itu bukan persoalannya, sebab untuk itu dia sedia jawab. Ada a fews people yang aku respect di mana depan kita macam itu, di belakang kita pun macam itu. Ada juga sebaliknya. Depan kita punyalah baik itu ini, di belakang duk seronok main mata dengan orang lain. Tapi kalau kita sendiri dah baik, macam mana orang nak mengata kita kan? Haa..Macam-macam kisah nauu..

Ok fine. Kalau nak cakap belakang itu kisah yang betul, benar, memang salah orang itu. One day mungkin kita juga akan diperlakukan sama seperti itu oleh orang lain. Tak ke sedih masa itu? Aku bermimpi Ustaz Don terbang ala-ala Nobita and Doremon kepada aku di mana masa itu aku macam sedap nak mengata orang. Ustaz Don kata, "jangan mengata". Then terus dia terbang ke atas dengan kipas di kepalanya. Funny. Tapi aku rasa ada maksudnya. Jangan mengata, jangan ambil tau hal buruk manusia lain. Nak ambil tahu hal orang, ohwell..maybe ok, tapi jangan duk di sampaikan kesana kesini. Jangan bukak aib orang lain. Iyalah, mungkin masa duk bercerita akan keluar ayat "ini ingatan untuk kita juga" * ayat masa sama-sama sedang anyam ketupat*

Bukan tak nak hidup bersocial, tapi mungkin elok jangan terlalu busyboday itu ini.

Kita yang dapat info pun, bukan kemain seronok dapat tau info, lagi-lagi pasal gossip, lagi-lagi pasal benda yang kurang elok kita tahu. Rasa sahabat tadi adil gila dengan kita sebab kongsi itu ini. Oh..jangan panggil saya TV3, BERNAMA TV. Maafkan saya.

This is life, whatever happen it just part of life, part of growing up.

Assalamualaikum. Forgive my mistakes everyone.

Photo credit to: Here

No comments: