Nuffnang

Wednesday, July 3, 2013

Orang yang kita sayang

Assalamualaikum,
Beijing: June 2013
Tengok Upin dan Ipin bersama kawan-kawan. Episode: Upin & Ipin Dan Kawan-Kawan - Ramadhan Kembali Lagi & Menjelang Syawal. Masa Opah U&I sakit, teringat pada Arwah Tok Chah dan Arwah Wan Saad. Dua-dua sungguh menggembirakan hari dan perasaan. Bukan nak kata tak sayang Wan Abd Rani dan Tok Baayah. Semua aku sayang. Sekarang ini yang masih ada, Wan Rani sebelah ayah, Tok Baayah sebelah mak. Aku paling rapat dengan Arwah Tok Chah atau nama sebenar Arwah ialah Hjh Aishah Binti Hj Abdul. Arwah nenak nama Hjh Aminah. Teringat lagi ikan masak asam yang Arwah masak, sedappp... sampai ke la tak jumpa rasa yang sama. Mungkin sebab kasih sayang yang berbeza tue yang tak jumpa-jumpa. Mak aku masak ikan masak asam pun sedap. Still tak sama dengan Arwah masak.

Masa cuti sekolah, akulah cucu yang paling kerap balik duduk rumah tok,wan. Sebulan cuti, dekat sebulan juga aku ada di kampung. Tolong Arwah buat itu ini. Arwah memang rajin, macam juga Arwah nenek..memang keturunan rajin depa nie. Sebab tue di kalangan makcik, pakcik depa suka gelar aku cicit Tok Minah. Arwah Tok tegas, tapi kalau dengan cucu, memang baik sangat. Teringat lagi pakaian harian Arwah di rumah. Rambut di sanggul rapi, kain batik di pakai penuh tertib dan baju kedah di sarung bersih. Memang terasa segala kebersihan yang Arwah amalkan. Even masa Arwah demam, Arwah akan mengesot untuk menyapu sampah paling tak larat Arwah akan lap saja. Rumah tangga di jaga rapi, sungguh bersih dan kemas. Di kampung keluarga ini agak di kenali dan di segani sebab Wan aku imam kampung. Anak-anak mereka ada yang kerja makan gaji dan kerja sendiri. Wan Hj Rani bekerja sebagai pesawah dan nelayan. Wan akan balik sebelum pukul 1, aku la akan lari-lari ke perahu wan, tengok apa hasil tangkapan. Dapat ja ikan, Arwah akan siang dan masak. Depends, kadang-kadang ada pakcik aku balik awal, kami dah masakkan lauk yang pakcik aku dapat. 

Lepas makan, Arwah akan berehat dan akan berjemaah solat Zohor dengan Wan. Surau lama dengan rumah tak jauh dalam 100m saja. Petang akan buat kuih ka, serawa ka. Dalam pukul 3 ptg, Arwah dah start lipat kain dan lipatan sungguh kemas dan rapi. Tak ada lembik2. Kalau ada lipatan aku yang tak kena Arwah akan betulkan. Syukur mak aku pun jenis lipat kain baju dengan kemas. Kalau jenis tak kemas, susah la nak clicks dengan Arwah. Apa yang aku nampak, hubungan mereka sungguh akrab even tak tinggal serumah. Mak cerita dulu masa mak ayah nak balik Ipoh, Arwah, Wan, Arwah Wan, Tok akan kirimkan macam-macam bekalan kat depa. Masa tue aku tak wujud lagi. Punyalah mereka berempat ini pikir susah mak aku nak cari bahan mentah bila ayah aku masuk hutan nanti. Dengan anak dua orang yang masih kecil. Ohhh pasti seronok masa tue.

Arwah Tok kembali ke rahmatullah sebab sakit gaut. Pada malam pemergian Arwah, aku sempat berada di sebelah Arwah. Membacakan surah Yaasin while mak dan maklang aku mengaji di samping Arwah. Sampai sekarang masih ingat detik dan waktu itu. Macam mana Pakcik aku marah pada sorang nurse di Hospital Kangar, Perlis. Ada satu gelaran untuk nurse tersebut..Pada nurse sekalian, tika mana anda melihat keadaan pesakit yang sudah nazak, izinkan lah ahli keluarga berada di sampai pesakit. Tolonglah faham. Pakcik aku yang sorang lagi maklumkan, nurse tersebut telah di tukarkan ke hospital lain selepas itu. Yes. Kami ada buat aduan untuk kes ini. Mungkin bukan rezeki Arwah untuk habis umur di samping suami, anak-menantu, cucu-cucu sekalian. Masa tue Pintu-10 masih belum terkenal. Sebab asalnya ayah bawak Arwah ke hospital Kangar adalah sebab Arwah tidak boleh jalan sebab gaut. Bila ke hospital keadaan getting worst and she died there. Innalillah..

Arwah Wan Saad aku pula meninggal sebab sakit tua. Arwah ada penyakit penat. Kalau masa Arwah penat, kami semua akan picit-picit Arwah. Arwah jenih penat yang kena ada kipas. Jenis penat sejuk. Makan, bagila apa saja, semua Arwah akan makan habis, licin. Arwah paling suka moi mak aku masak. Arwah wan jenih tak berkira. Masa balik rumah Arwah, buleh makan buah macam-macam. Arwah suka buah, paling syok Cikna la, macam-macam  dapat.. anak bongsu la katakan. Arwah wan dulu tokei ikan. Banyak tong-tong ikan ada kat rumah masa dulu. Ikan ada di pelantar, ada pejabat kecik lagi. Lepas Arwah dah sakit, dah tak buat semua tue, just buat bendang saja. Itu pun banyak upah orang. Tak larat nak kerjakan sendiri lagi. Aku penah juga merasa p tanam anak benih padi guna kuku kambing. Then menari dalam petak sebab geli ada lintah or pacat. Haha. Then Arwah wan akan laju-laju jerit and mai buang pacat kalau ada yang melekat kat kaki aku.

Arwah memang tak kedekut. Semua orang suka dan sayangkan Arwah. Arwah tak ada moto atau kereta. Hanya ada sebuah basikal tua. Basikal tue la kami cucu-cucu duk carry merata kampung. Arwah adalah taukeh ikan. Dari cerita mak aku, masa zaman dulu Arwah dan Tokcik depan rumah saja ada pelantar ikan. Dari situ la cari duit. Arwah buat ikan masam, ikan kering. Dan mak aku cakap, dari situ la mak aku belajar buat ikan kering, ikan masam sedap!! Tak dinafikan memang sedap mak aku buat. Ahh lantaklah hampa nak cakap sama saja. Tapi bagi aku lain, sebab mak aku yang buat plus ikut cara Arwah wan aku buat. Mak aku cerita, zaman dulu kalau nak air bersih Arwah akan ke Kuala Kedah dengan boat yang Arwah ada untuk ambil stock air bersih. Penuh boat dengan air bersih. Punyalah susah kan dulu..

Arwah suaranya kuat. Ramai anak cucu cicit mewarisi suara kuat itu. Salah seorangnya aku la. Haha. Arwah susah nak marah cucu even kami duk bising la, memunggah la. Tapi Arwah seorang yang rajin dan bersih. Selalu cuci kolah mandi sebab air kan tak berapa bersih. Rajin cuci pinggan mangkuk bila ada yang tak cuci pinggan sendiri. Satu perkataan yang aku rindu sangat nak dengar. Setiap kali kami semua nak balik, Arwah akan ucap "Selamat Jalan". Sampai sekarang aku merinduinyaa.. Until now, tiap kali nak gerak balik dari rumah Arwah, pasti aku akan terbayang Arwah depan pintu berkain pelikat dan berbaju melayu atau tshirt lusuh untuk ucap selamat jalan kepada kami. Dan akan pesan ayah, bawa kereta elok-elok. Aduhh. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaan.

OKlah semua. Assalamualaikum.

No comments: