Nuffnang

Thursday, August 29, 2013

Kebun getah dan percutian

Assalamualaikum,

Dalam suasana bercuti-cuti ini, kadang-kadang kita rasa payah masa belum berangkat. Banyak nak kena buat persediaan. Banyak nak kena study pasal tempat yang ingin di tujui. Whether habis study or tidak, tarikh dan masa bertolak akan muncul tiba. Hanya berdoa pada YANG MAHA ESA, pohon restu mak ayah dan mulakan dengan Bismillahirrohmaanirrohim. Keluarlah dengan kaki kanan dan mulalah perjalanan. Ingat niat demi melihat kebesaranNYA serta mencari pengalaman bermusafir di tempat orang. Semoga ALLAH TAALA permudahkan perjalanan yang bakal kita tempuhi.

Sekarang aku dalam train ke Bangkok. Since 8pm aku dah start lena, terjaga 3,4 kali sebab terhentak-hentak. Sekarang tengah tungggu nak solat Subuh. Ternyata pengalaman mengembara kali ini agak jauh berbeza di mana kami barubah tempat dari satu tempat me satu tempat. Bangkok adalah destinasi terakhir sebelum kembali ke Malaysia. InsyaALLAH. 

Apa yang aku nak cerita di sini adalah, sebelum bergerak ke Thailand, aku cuba buat research a bit. To be honest it wasnt 100% from my side. Still worry but then we we're in Thailand, alhamdulillah ALLAH Taala permudah urusan kami. Sebab aku paling risau bab transport, subhanallah, mudah ALLAH lorongkan jalan yang mudah untuk kami. Dari keseluruhan, agak mudah kami jumpa tempat yang betul. Ada transport kami dapat harga murah, ada juga yang mahal dalam belas-belas ringgit Malaysia. Apa-apapun, aku terima dan senang hati. ;)

Aku pandang dusun pokok getah dari tepi, aku tengok serabut betul. Tapi apabila berada/lalu betul-betul di hadapan lorong-lorong pokok getah, nampak sama saja. Mudah saja. Aku nak cakapkan di sini, masa belum bergerak mengembara, rasa macam-macam. Asyik rasa tak cukup saja info yang di cari. Kemudian mulalah redho. Tapi apabila dah mengembara dan berhadapan dengan keadaan, segalanya dapat di selesaikan dengan mudah.

Syukur alhamdulillah.. Semoga ianya berakhir dengan pengalaman indah dan baik-baik saja. InsyaALLAH. Ada suka, ada juga duka sebab berat nak tarik bag and galas bag lagi. Pengalaman yang sungguh bernilai pada aku.

Moh solat. Train hampir sampai di Bangkok. Then get ready for arrival. InsyaALLAH.
HAPPY WEEKENDERS all. Enjoy your weekend and take care everyone.

Assalamualaikum.

From Hatyai, Phattalung, Krabi, Phuket and Bangkok with peace yolls.

Thursday, August 22, 2013

Teringat Mak denn..

Assalamualaikum,

Seperti semua maklum, malam tadi ada nahas kemalangan jalan raya di Genting Highlands. Seramai 37 orang maut termasuk pemandu bas, 16 cedera. Dalam 16 ada yang stabil, ada yang kritikal. Bus dari Genting Highland menuju ke Perhentian Bas Pekeliling di Kuala Lumpur.

Semoga semua Arwah-Arwah umat Islam di dalam nahas tersebut di tempatkan bersama orang-orang soleh lagi beriman. Amiiiin. Mari kita hadiahkan Al-Fatihah pada Arwah-arwah. Al- Fatihah........
 Amiiiiin ya rabbal alamin..

Masa duk buat keja, teringat mak. Teringat muka mak dukung Didi. Comel duanya. Then tak sampai 30mins, mak aku call. Laa nie mak aku cekap. Tak main call handphone lagi sebab aku selalu silent mode, mak aku call desk terus. Haa. mau tak dengaq. Terus jawab. Mak bgtau, mak ayah nak p Ipoh ziarah Arwah Tok Long. Mintak semua sahabat, hadiahkan Al-Fatihah juga pada arwah Toklong.

Then petang, mak ayah terus ke KL visit Didi yang kena chicken pox. Kesian. Call duk dengar dia nangis. Gatal la tue. Mintak-mintak la cepat kering dan hilang gatal. Kesian sungguh. Plus bgcik and akak pun sama jangkit. Or Didi jangkit dari depa.

Semoga semua orang terus sihat. Kuatkan diri. Keep on positive thinking ya.
Assalamualaikum. :)

Photo credit to: Google