Nuffnang

Friday, September 13, 2013

Maeklong Railway Market Trip

Assalamualaikum,

It's Friday, no weekly meeting today. Hoyeay. I got time to transfer Thailand's picture today. Let's enjoy Maeklong Railway Market trip.
Only 10baht and it takes almost 1 hrs to reach Mahachai.


Mahachai train counter
Ferry/boat terminal to cross the river




Kampung scenery :)



Banlaem train counter
Now 3 times per day only. Plan your visit.






This is belacan in Malay or shrimp paste.

Roses from pandan leaves


Blogger inside train to Maeklong Market
One of train stations on the way to Maeklong Railway Market


Market

Uncle from Japan
This is ketupat chang.
Train start moving..we love it moving..moving..
Oh well.. co-pilot on the day
From Ban Laem and from Maeklong
If you get the 12.10 train to Maeklong, then you won’t see the train going through the market as you will be back on it as the last train to Bangkok.

The best timing is the following schedule:
6.30 Dep Bangkok Wong Wian Yai
7.30 Arr Mahachai
—Ferry River Crossing—-
08.00 Dep Ban Laem
09.40 Arr Maeklong
At Maeklong the station is at the end of the market. You now have 20 minutes to walk through the market and find a good spot to watch the train come through.
12.10 Train departs Maeklong and goes through the market.
You now have 3 hours in Maeklong until the next train arrives. Seafood is a specialty here, so you could look for a nice seafood lunch. That will take up about 41 minutes. After that there’s not alot else to do in Maeklong, but hey, you are an intrepid traveller, I’m sure you will make your own adventures.
13.50 Train goes through market again, arrives at Maeklong Station.
14.30 Train leaves Maeklong. Last train to Bangkok. Make sure you’re on it.
This schedule will allow you to see the train going in and out of the station, while you are in the market. If you are a professional photographer – or a train spotter – you could get the 7.30 train from Ban Laem, which would give you another two times to see the market run. That would mean a really early start from Bangkok, which is above and beyond the call of duty really.

Credit to: Here

Wednesday, September 11, 2013

Quote of the day

Assalamualaikum and good morning,

“A lifetime isn't forever, so take the first chance, don't wait for the second one! Because sometimes, there aren't second chances! And if it turns out to be a mistake? So what! That’s life!”
C. JoyBell C.

Agreed! So let's enjoy our life with the fullest. Make a moves as in your dream, make it real and ready for any risks. :)

Have a nice day..

Assalamualaikum..

Tuesday, September 10, 2013

Mari kita kenang diri kita sebelum di ambil nyawa

Assalamualaikum,
Sunset
Ini aku copy paste dari FB. Something good to read right now.. :)

Perkongsian oleh Dr Aidh al-qarni (penulis buku La Takhzan- Don't be sad) di UPM baru-baru ni

1.jangan bersedih...Allah tetap ada bsama kita. Spt Rasulullah saw memujuk abu bakr assidiq r.a ketika takut dikejar quraish.


2.solat lah kita ketika sedih..solat di awal waktu, jgn lengahkan solat! solat perkara pertama yg akan dihitung!

3.alquran..jalan menuju ke syurga...hari2 mesti baca quran...perempuan mesti ada tafsir bsama dlm henbeg supaya kita xpernah tinggalkan quran.

4.bzikir...dgn mengingati allah hati akan mjd tenang..zikirlah selalu seperti pokok..burung2..hidupan lain yg stiasa bzikir pd Allah.

6.sptmana islam memuliakan makam wanita itu...wanita spatutnya mjadi pendakwah...bukan berdakwah spt mberi ceramah...ttp bdakwah bmula dr rumah...mengajar anak2 bzikir...memasak dng bzikir...mendidik ahli keluarga mengamalkan islam...jadikan rumah itu rumahku syurgaku.

5.bersabarlah selalu...dlm alquran sebut pkataan sabar lbh dr 90 kali...sabar jalan kejayaan...

7.sheikh bkata beliau tlh mziarahi lebih 40 negara...di jerman, beliau bjumpa seorg wanita yg mengkaji bahawa islam adalah agama tbaik yg melindungi wanita...agama lain xdpt menandingi islam di dlm bab plindungan wanita..

8.pd 1 ketika beliau jatuh sakit di jerman...ade sorg dr pompuan mengubati beliau...sheikh btanya adakah wanita bahagia di sini? Dr itu bkata di kwsn ini...perempuan kebanyakannya mahu mati...mahu bunuh diri krn susah bahagia... Jadi bsyukurlah kita agama islam...jika xbahagia..kembali pd Allah.

9. Antara sbb2 kebahagiaan...adalah sedekah...sedekah menghalau kesedihan...

10...muhasabahlah diri...pandang ke langit...sungguh tinggi langit...tiada arkitek yg mampu membina langit...pandanglah kebesaran Allah bila dlm kesedihan...pandanglah seluruh kebesaran Allah...banyak org hebat2 n saintis peluk islam sbb memandang kebesaran Allah. Ada seorg perempuan kristian ada di india...dia mencari ketenangan dng pergi ke india dng memberi makanan kpd org miskin di india...bila di tya..knapa buat begini? Krn aku ingin menghalau kesedihan yg membelenggu diriku. kan untung klu engkau seorg muslim, kerna sia2 saja sadaqah engkau tanpa shahadah!

11.dunia ini tiada apa yg ada..janji Allah.muslim atau muslimah yg duduk dlm rumah yg ada serba sedikit keperluan lebih baik dr mereka yg kaya rumah besar tetapi xbahagia dan kembali pd Allah...semoga kita sama2 dapat bertemu di syurga...bsama org2 beriman n beramal soleh n semoga dpt bjumpa nabi muhammad saw...

12.yg terakhir...apa yg kita bagi...kita akan dpt balik...what u give u get back...jng lah mencaci maki org...sbb bila kita caci maki org, kita akan mendapat cacian dan makian di kubur kelak...rugilah org yg membalas cacian kerna kita xpatut bawa cacian itu mjadi peneman kita dlm kubur!

13.skrg manusia mengagung2kan ciptaan manusia spt kehebatan klcc..sbnrnya jng pandang sebegitu...pandanglah betapa hebatnya akal ciptaan Allah yg mencetuskan ilham utk mmbina klcc itu...jdlah org yg beriman...engineer yg beriman...doktor yg beriman...

14.anak2 adalah amanah Allah...anak2 adalah harta...bukan spt kereta..rumah..dll.wanita bukanlah membesarkan anak2...tetapi wanita membesarkan lelaki2 yg hebat...pendakwah2...jd jagalah anak2 supaya mereka jd org hebat...jng biarkan anak terlalu manja dng maid...jng bg anak main game selalu...ajarlah anak tentang islam...tentang rasul...
- Ust Fakaruden


Sekian.. assalamualaikum. jom mulakan kerja dengan 
   بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Photo credit to : Flickr

Sunday, September 8, 2013

Didi Dodo

Assalamualaikum,

Morning..opss dah tengahari pun. Some Didi's picture during weekend which is swimming pool time with his ibu ayah. 

Comel la ini baby.. Last jumpa masa hari raya.. Mungkin jumpa sekali lagi masa raya haji.. InsyaALLAH. Take care Didi Dodo. He got his first tooth at 7 months yrs old. Mak cakap cepat juga. Wa jah cakap.. Kalau rambut lambar, jadi tumbuh gigi cepat.. Begitu juga sebaliknya. Anak cousin, 10months rambut cukup lebat tapi gigi belum ada. Hiihii.. Baby.. So adorable. 

Love you Didi..

Saturday, September 7, 2013

Hari lahir aku

Assalamualaikum,

ALLAH. Dah genap hari ke7 sudah dengan umur yang baru. Pagi tadi sahabat bertanyakan apa perasaan di umur baru? Aku tak tahu nak jawab bagaimana. Yang pasti pengembaraan hidup aku pasti diteruskan kerana inilah tujuan aku di muka bumi ini. Hidup diteruskan dengan beramal ibadat kepadaNYA, berbakti kepada kedua orang tuaku, berbuat baik kepada adik-beradikku serta saudara mara, jalinkan, rapatkaj ukhwah sesama manusia di muka bumi ini dan sayangi haiwan. Haiwan yang haram aku jauhi, kasih dalam jauh. Hihihi.

Jika tahun lepas, ayah aku belanja di Secret Recipe, Kangar. Tapi tahun ini hanya sms dari jauh, tak lupa juga call dari emak. Tue pun cakap singkat sebab ada reverse charge. Hihihi. Tanda ingatan dari mak ayah sungguh menyentuh hati aku. Gembira sebab mereka tak lupakan hari itu. Seriyes masa baca sms ayah, air mata mengalir. Mereka yang ada dalam bilik hotel menjadi saksi. I love both muk, dad. ;)

Azam umur baru aku simpan kemas dalam hati. Semoga tiap cita-cita aku mendapat restu dan izin dari kedua mak ayah. Aku tahu, tiap langkah aku, ada doa mereka berdua iringi aku. Sebab itulah tiap langkah aku bersemangat dan aku rasa selamat. ALLAH TAALA ada bersama aku. Walaupun aku sendirian sebab belum bersuami, mak ayah sentiasa ada bersama aku. Jodoh dengan siapa belum pasti..insyaALLAH ada, andai tiada.. ALLAH MAHA MENGETAHUI. 

Oh ya, aku dapat hadiah free juga tahun nie. Dapat hadiah lucky draw. Compact Sony camera. Yayy! Dapat masa malam dinner company a day before heading to Hatyai. Kira hadiah birthday la tue.. Apapun, dengan umur yang baru ini, di doakan segala tindak tanduk aku with guidance ALLAH TAALA, berkat doa mak ayah serta niat hati yang ikhlas lagi segalanya aku lakukan KERANA ALLAH TAALA. AMIIIIIIIIIIN. 

Tengok jemaah haji Malaysia dah sampai di Tanah Suci. Semoga satu hari aku juga dipanggil untuk sampai ke sana. InsyaALLAH..


Jom makan laksa, lama tak makan laksa perisi ikan yang mak buat... Balik nanti nak request la.
Selama malam semua..

Assalamualaikum. Esok sehari lagi nak berehat-rehat..

Thursday, September 5, 2013

Abang, kakak dan adik

Assalamualaikum,
Abang, kakak and adik :)
Hari ini aku nak bercerita kisah cousins aku. Aku nak kata bijak cousin aku yang bongsu tue. Ini memang cerita dari makcik aku sendiri pada hari raya Aidilfitri yang lepas.

Kakak (anak tengah) memang suka marahkan abang. Suka kata abang tue slow la, stupid la, malas la. Macam-macam la yang tak berapa positif. Abang pula jenih diam. Apa saja kakak kata, abang akan diamkan saja. Habis sangat abang akan balas la sikit. Tapi tak sesekali akan pukul or bertindak kasar dengan kakak. Mulut kakak memang boleh tahan laser. And kakak sendiri mengaku kakak ini laser. :) , banyak complaint macam abah. Tak pasal abah pun masuk kat sini.

Satu hari masa bulan puasa, kakak kata stupid kat abang sebab abang tak buat satu benda. Kemudian adik dengar dan adik kata pada kakak, "kakak, hang tak boleh kata macam tue kat abang. Dia abang kita. Macam mana aku hormat kat hang, macam tue la hang kena hormat kat abang. Masa hang duk kata kat aku, aku tak penah balas apa-apa pun. Aku pun diam dengar apa yang hang nak kata kat aku". " Kita ada sorang saja abang, mana boleh kata buruk-buruk pada abang kita, buruk ka baik tue abang kita". Kakak pun balas bla bla bla penuh alasan.....

Makcik aku yang dengar perbualan mereka 3 beradik terus mengalirkan air mata. Tak sangka anak bongsu itu lebih matang dari kakak yang dah masuk IPTA. Bijak anak bongsu ini. Selalu tolong makcik aku even setakat tolong bancuh air pun dah besar la pertolongan dia. Oh ya, adik adalah lelaki.

Aku respect betol dengan adik. Semoga personaliti dia yang baik itu akan terus kekal. Tapi makcik aku cerita adik selalu kena buli di sekolah. Takpayah kata di sekolah, bila balik kampung pun dia selalu kena sakat dengan cousins yang lain. Haiih. Kesian.

Dalam kisah ini, betoilah kakak pun muda lagi, abang pun muda lagi dan adik lagilah muda dari mereka. Tapi cara adik tue memang aku admire. Kalau balik kampung, adik akan makan cepat-cepat, amik lauk siap-siap. Habis makan laju saja nak solat Maghrib dan lepas tue dia akan berehat. Comel sungguh. Makan pun takat yang cukup saja.

Dalam keluarga memang ada pasang surutnya. Tak semua benda kita akan setuju dengan ahli keluarga kita yang lain. Tapi caya layanan, cara feedback jangan la buat hala-balai. Kalau dengan kawan-kawan kita buleh berpeluk bagai, sayang bagai. Ingat saja apa kegemaran kawan. Dengan adik beradik harus la buat lebih dari itu lagi. Sakit demam, susah senang, insyaALLAH adik beradik akan tolong kita. Pasti ada adik beradik favorite memasing kan. Untuk yang bukan favorite kita, jangan buruk-burukkan dia, jangan keji atau kutuk dia, tapi sayangilah dia juga sebab itukan sedarah sedaging kita juga. Kalau aku tak setuju dengan adik beradik aku, aku akan diamkan diri. As usual.. aku memang akan diamkan diri. Bagi cooldown dulu. Then baru aku akan mulakan bicara. Tapi jarang la sebab adik beradik aku lelaki. So banyak benda la aku akan buat sendiri especially kat dapur. Part beli barang boleh lah suruh mereka.

Aku ingatkan diri aku juga, cara kita layan orang lain macam tue juga orang lain akan layan kita. Cuma kalau kita dah layan orang dengan baik, tapi orang layan kita sebaliknya... mungkin adalah sesuatu yang tak kena tue. Samada dalam diri kita atau diri mereka.

Hari ini. Aku pun ada buat silap. Ada kawan aku call, aku tak jawab. Lantas dia mai meja aku. Dia nak tanya soalan ke aku. Tapi aku kalut buat kerja lagi-lagi masa suntuk. So aku tak layan dia. Dia duduk sat di meja aku, lepas tue dia pun balik ke meja. Aku rasa besalah sangat dan terus mintak maaf thru communicator. Sebab kerja, janganlah hubungan persahabatan pun rosak. Aku respect dengan orang yang hormati orang lain. Tolong jangan push sangat. Aku pun nak buat kerja elok-elok. Kalau aku buat silap, nahasss! Nauzubillah..

Baiklah semua. Ini saja rasa hati aku masa ini.
Enjoy your day.

Assalamualaikum.

Photo credit to: Google

Monday, September 2, 2013

Maeklong Market, Bangkok dan umur baru

Assalamualaikum,

Hari ini kami plan untuk ke Maeklong Market. Kekonon plan seawal mungkin untuk gerak ke sana, tapi lewat juga. Dari BTS National Stadium kami ke BTS Wong Wian Yai around 42baht kalau tak silap. Then amik cab untuk ke Wangwan Yai. Kena charge 40baht. Kalau larat jalan boleh juga. 20minit saja. Sampai stesen keretapi Wangwan Yai kami beli tiket ke Maha Chai berharga 10baht. Maha Chai merupakan stesen terakhir dari Wangwan Yai. So jangan risau. Masa di ambil untuk tiba di Maha Chai adalah dalam 1 jam. Keluar dari keretapi sebelah kiri and jalan keluar dari stesen Maha Chai, belok kanan. Jalan straight sampai simpang 3 dah belok kiri sehingga nampak terminal ferry untuk across Sungai Ban Laem. Untuk cross tiap orang akan kena charge 3 baht. Sekejap sana nak cross sungai, kalau berani berenang pun boleh. Tapi bahaya juga sebab boats, tongkang keep on coming from somewhere. Kita perlu berjalan selama 10 minit untuk mengambil train seterusnya. Means, straight saja keluar dari terminal ferry tadi. Sampai di stesen keretapi Ban Laem dengan harga 10 baht juga. Masa di ambil untuk sampai di Maeklong Market adalah selama 1jam 50mins. Tengok kaedah pemanduan driver. Actually train ini agak slow. Banyak henti-henti di stesen untuk turun dan mengambil penumpang. Sama juga Maeklong Station juga station terakhir bagi train ini. ;).

Selamat tibe ke destinasi semua.

Kisah lucu sepanjang kami untuk ke Maeklong Market:
1. Kak Anum tertinggal topi on the way nak ke cab.
2. Kami tanya pakcik tuktuk mana station Wong Wian Yai. Sekali kami laju ja ke dalam bangunan, walhal kaunter tue kami kena terus saja. Kena jerit, terus kona ke tempat yang betul.
3. Hampir ketinggallan train untuk ke Meaklong Market. Jenuh duk marathon pukul 12 tengahari sebab kami dah dengar honk train dari jauh. Laaarii weih.
4. Sekali lagi kami hampir kena tinggal dari dari Maeklong Market untuk pulang balik ke Station Ban Laem. Gate dah tarik, pintu train dah tutup. Kami larriiiiii ke train. Nasib baik driver bukak and kami lari ke belakang sebab nak amik gambar/video market tutup after train lalu.

Penat sungguh hari ini. Pengalaman di sini sungguh seronok dan cost untuk ke Maeklong Market hanya dalam 43baht dari Station Wongwan Yai. Murahh weih 5:35pm and time kami sembang is around 4:45pm. Finally we decided taknak ke surau and amik wudhuk dan solat di bilik pengawal anggota petugas SRT. Terima kasih kerana bagi kami tumpang solat.

Alhamdulillah this is how I celebrate my birthday in Bangkok, Thailand. Very adventurous begining for new age, perhaps it was a good starting for me. InsyaALLAH. Lets keep on praying dan hoping. Everything under ALLAH SWT control. Terima kasih mak sebab melahirkan 1, menjaga dan melayan with infinity cares on me, menguruskan kelengkapan diri ini even sampai sekarang. Baju raya lepas pun mak sponser weih. Terima kasih mak sebab dulu mak garang, suruh kemas-kemas tapi akhirnya diri ini selebet juga. Hihihi. Mak selalu pesan, pergi office pakai baju kemas-kemas, proper pakaian orang bekerja, jangan malas nam iron baju tapi akhirnya tshirt juga di cari and tudung memang dah jenis suka pakai tudung bawal, memang kena la juga iron. Else, orang sure ingat directly amik dari washing machine. Received a call from mom live from Perlis, Malaysia and after 5mins later ahah pula sms. Inilah permulaan gembira untuk perjalanan tadi ke Maeklong Market. Terima kasih mak ayah sebab sayang saya. Terima kasih mak ayah. Ayah penah berkata "kalau anak-anak tak balik ayah rindu, kalau anak-anak balik ayah happy".

Sudah mahu sampai. Balik hotel baru nak upload. :)

Assalamualaikum.

From Maeklong Market with hurry.