Nuffnang

Thursday, September 5, 2013

Abang, kakak dan adik

Assalamualaikum,
Abang, kakak and adik :)
Hari ini aku nak bercerita kisah cousins aku. Aku nak kata bijak cousin aku yang bongsu tue. Ini memang cerita dari makcik aku sendiri pada hari raya Aidilfitri yang lepas.

Kakak (anak tengah) memang suka marahkan abang. Suka kata abang tue slow la, stupid la, malas la. Macam-macam la yang tak berapa positif. Abang pula jenih diam. Apa saja kakak kata, abang akan diamkan saja. Habis sangat abang akan balas la sikit. Tapi tak sesekali akan pukul or bertindak kasar dengan kakak. Mulut kakak memang boleh tahan laser. And kakak sendiri mengaku kakak ini laser. :) , banyak complaint macam abah. Tak pasal abah pun masuk kat sini.

Satu hari masa bulan puasa, kakak kata stupid kat abang sebab abang tak buat satu benda. Kemudian adik dengar dan adik kata pada kakak, "kakak, hang tak boleh kata macam tue kat abang. Dia abang kita. Macam mana aku hormat kat hang, macam tue la hang kena hormat kat abang. Masa hang duk kata kat aku, aku tak penah balas apa-apa pun. Aku pun diam dengar apa yang hang nak kata kat aku". " Kita ada sorang saja abang, mana boleh kata buruk-buruk pada abang kita, buruk ka baik tue abang kita". Kakak pun balas bla bla bla penuh alasan.....

Makcik aku yang dengar perbualan mereka 3 beradik terus mengalirkan air mata. Tak sangka anak bongsu itu lebih matang dari kakak yang dah masuk IPTA. Bijak anak bongsu ini. Selalu tolong makcik aku even setakat tolong bancuh air pun dah besar la pertolongan dia. Oh ya, adik adalah lelaki.

Aku respect betol dengan adik. Semoga personaliti dia yang baik itu akan terus kekal. Tapi makcik aku cerita adik selalu kena buli di sekolah. Takpayah kata di sekolah, bila balik kampung pun dia selalu kena sakat dengan cousins yang lain. Haiih. Kesian.

Dalam kisah ini, betoilah kakak pun muda lagi, abang pun muda lagi dan adik lagilah muda dari mereka. Tapi cara adik tue memang aku admire. Kalau balik kampung, adik akan makan cepat-cepat, amik lauk siap-siap. Habis makan laju saja nak solat Maghrib dan lepas tue dia akan berehat. Comel sungguh. Makan pun takat yang cukup saja.

Dalam keluarga memang ada pasang surutnya. Tak semua benda kita akan setuju dengan ahli keluarga kita yang lain. Tapi caya layanan, cara feedback jangan la buat hala-balai. Kalau dengan kawan-kawan kita buleh berpeluk bagai, sayang bagai. Ingat saja apa kegemaran kawan. Dengan adik beradik harus la buat lebih dari itu lagi. Sakit demam, susah senang, insyaALLAH adik beradik akan tolong kita. Pasti ada adik beradik favorite memasing kan. Untuk yang bukan favorite kita, jangan buruk-burukkan dia, jangan keji atau kutuk dia, tapi sayangilah dia juga sebab itukan sedarah sedaging kita juga. Kalau aku tak setuju dengan adik beradik aku, aku akan diamkan diri. As usual.. aku memang akan diamkan diri. Bagi cooldown dulu. Then baru aku akan mulakan bicara. Tapi jarang la sebab adik beradik aku lelaki. So banyak benda la aku akan buat sendiri especially kat dapur. Part beli barang boleh lah suruh mereka.

Aku ingatkan diri aku juga, cara kita layan orang lain macam tue juga orang lain akan layan kita. Cuma kalau kita dah layan orang dengan baik, tapi orang layan kita sebaliknya... mungkin adalah sesuatu yang tak kena tue. Samada dalam diri kita atau diri mereka.

Hari ini. Aku pun ada buat silap. Ada kawan aku call, aku tak jawab. Lantas dia mai meja aku. Dia nak tanya soalan ke aku. Tapi aku kalut buat kerja lagi-lagi masa suntuk. So aku tak layan dia. Dia duduk sat di meja aku, lepas tue dia pun balik ke meja. Aku rasa besalah sangat dan terus mintak maaf thru communicator. Sebab kerja, janganlah hubungan persahabatan pun rosak. Aku respect dengan orang yang hormati orang lain. Tolong jangan push sangat. Aku pun nak buat kerja elok-elok. Kalau aku buat silap, nahasss! Nauzubillah..

Baiklah semua. Ini saja rasa hati aku masa ini.
Enjoy your day.

Assalamualaikum.

Photo credit to: Google

No comments: