Nuffnang

Saturday, September 7, 2013

Hari lahir aku

Assalamualaikum,

ALLAH. Dah genap hari ke7 sudah dengan umur yang baru. Pagi tadi sahabat bertanyakan apa perasaan di umur baru? Aku tak tahu nak jawab bagaimana. Yang pasti pengembaraan hidup aku pasti diteruskan kerana inilah tujuan aku di muka bumi ini. Hidup diteruskan dengan beramal ibadat kepadaNYA, berbakti kepada kedua orang tuaku, berbuat baik kepada adik-beradikku serta saudara mara, jalinkan, rapatkaj ukhwah sesama manusia di muka bumi ini dan sayangi haiwan. Haiwan yang haram aku jauhi, kasih dalam jauh. Hihihi.

Jika tahun lepas, ayah aku belanja di Secret Recipe, Kangar. Tapi tahun ini hanya sms dari jauh, tak lupa juga call dari emak. Tue pun cakap singkat sebab ada reverse charge. Hihihi. Tanda ingatan dari mak ayah sungguh menyentuh hati aku. Gembira sebab mereka tak lupakan hari itu. Seriyes masa baca sms ayah, air mata mengalir. Mereka yang ada dalam bilik hotel menjadi saksi. I love both muk, dad. ;)

Azam umur baru aku simpan kemas dalam hati. Semoga tiap cita-cita aku mendapat restu dan izin dari kedua mak ayah. Aku tahu, tiap langkah aku, ada doa mereka berdua iringi aku. Sebab itulah tiap langkah aku bersemangat dan aku rasa selamat. ALLAH TAALA ada bersama aku. Walaupun aku sendirian sebab belum bersuami, mak ayah sentiasa ada bersama aku. Jodoh dengan siapa belum pasti..insyaALLAH ada, andai tiada.. ALLAH MAHA MENGETAHUI. 

Oh ya, aku dapat hadiah free juga tahun nie. Dapat hadiah lucky draw. Compact Sony camera. Yayy! Dapat masa malam dinner company a day before heading to Hatyai. Kira hadiah birthday la tue.. Apapun, dengan umur yang baru ini, di doakan segala tindak tanduk aku with guidance ALLAH TAALA, berkat doa mak ayah serta niat hati yang ikhlas lagi segalanya aku lakukan KERANA ALLAH TAALA. AMIIIIIIIIIIN. 

Tengok jemaah haji Malaysia dah sampai di Tanah Suci. Semoga satu hari aku juga dipanggil untuk sampai ke sana. InsyaALLAH..


Jom makan laksa, lama tak makan laksa perisi ikan yang mak buat... Balik nanti nak request la.
Selama malam semua..

Assalamualaikum. Esok sehari lagi nak berehat-rehat..

No comments: