Nuffnang

Wednesday, November 6, 2013

Boleh cakap apa saja!

Assalamualaikum,

Haih.. Dalam hidup seharian macam-macam boleh berlaku. Suka, duka, gembira, tekanan, gelisah, perut merodak, tersenyum dari pipi ke telinga.. Macam-macam boleh jadi. Mulut juga laju akan berkata-kata samada sebut perkara yang baik atau sebaliknya. Mulut pasti ringan nak berkata-kata, tapi awas..tidak berada di tempat mereka, jangan la suka-suka kita main sebut saja. Suka-suka main teka-teki saja sebab kalau apa yang kita sebutkan/cakapkan itu adalah salah, ia jatuh fitnah pula. Jenuh nak mintak ampun pada tuan badan.

Cubalah faham situasi orang itu sebelum kita komen sebarangan, andai tidak pasti... Jangan bercakap. Diam saja lebih bagus bukan laju dalam berkata-kata. Kita cakap pada orang itu perkara negatif, kita harus sedar tak semua benda kita expert, tak semua perkara kita tahu selok beloknya which is kadang-kala kita kena juga refer pada mereka yang lain. Mereka yang mungkin arif tentang perkara itu. 

Tak jadi pada kita, jangan memandai kita bercakap. Jangan suka sangat nak herdik orang yang lemah. Andai sekalipun kita pernah alaminya and managed to handle it, jangan sesekali herdik yang orang itu tidak arif untuk uruskan hal tersebut. Tiap kita adalah berbeza, tak sama cara pemikiran dan haluan. Kita hanya mampu bagi pandangan dan kalau orang itu mahu ikut, baguslah. Andai tidak mahu, apa boleh buat. ALLAH TAALA dah tentukan semua ini. Bukan nak kata orang itu adalah degil ot whatnot, tapi tiap mita adalah berbeza.. Kalau orang itu tak mahu dengar pandangan kita, doakan langkah dia akan di permudahkanNYA. Itu lebih manis.

Kadang-kadang kita caka, macam kita sorang ja yang betul, kita sorang saja tak buat salah. Seolah-olah nilai kesabaran itu berada di hujung kaki yang mudah kita sepak dan terajang. Perlulah kita letak kesabaran itu dekat di hati agar perlakuan yang seterusnya akan lebih mendatangkan manfaat untuk semua pihak. Aku juga di uji 2 minggu lepas apabila aku tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara dan aku menyebut "shit". Kawan aku beri nasihat cara-cara untuk atasi amarah. Betul katanya, dengan itu aku lebih diamkan diri untuk ambil masa aku sendirian. I'm not ready to be nice yet. Hehh.

Bagi aku diam itu lebih bagus dari aku berkata-kata yang mungkin nanti akan menyebabkan banyak pihak terasa, terluka sebab kadangkala orang macam aku ini, sekali bercakap pasti akan berbisa nanti. Lebih baik aku diamkan saja dan buat hal aku sendiri. Apa yang akan diperkatakan oleh orang lain, katalah.. 

Kadang-kadang kita bercakap terlalu mengikut emosi, iya tak salah. Cuba harus pikirkan untuk menyebut ayat-ayat yang baik. Aku juga manusia yang lemah, yang banyak dosa dengan ramai pihak. Sesungguhnya aku juga dalam proses untuk membaiki diri ini ke arah lebih baik, lebih elok. InsyaALLAH. Gembira memang seronok, tapi sesekali pikirlah saat di mana kita akan bersedih suatu hari nanti. Ini adakah realiti. Bukan tak ingin bersyukur dengan selalu memikirkan perkara yang sedih sahaja, inilah perisai diri untuk selalu beringat bahawa langit tak selalu cerah...

Al-Fatihah untuk Arwah Tokwa, Hj Abdul Rasit bin Hj Abdul yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga Arwah tokwa di tempatkan bersama golongan orang-orang beriman...Amiiiin. 
Arwah menyusuli emak, ayah dan adik. Adik Arwah merupakan Arwah Tok Chah aku.. Yang aku rindui tiap hari.....yang aku sebut namanya sebelum tidur lenaku...ALLAHUAKBAR...

No comments: