Nuffnang

Tuesday, December 31, 2013

2013 the only sweet story to be count in

Assalamualaikum,

Its a good bye moment for 2013 and, Hello Hello 2014. Kindly be nice, bright, happy and prosperous year for me. Keep praying for good start and continuously moving with thousand of hope and happy events.

Achievement of 2013:
1. Jan - Visit Indonesia to be specific Jakarta and Bandung with Marhanis, Hanis and Kak Anum.
2. March - Family trip at Pulau Pangkor while our family conquer that resort especially swimming pool.
3. June - Visit China to be specific Beijing on summer time. Managed to climb Great Wall of China with Kak Sobah, Hanin, and many more.
4. Aug-Sept - Visit Thailand to be specific Hatyai, Phatthalung (Lotus Lake), Krabi, Phuket and Bangkok. In Bangkok we managed to have short trip to Maeklong Railway Market. This is great experienced for 3 of us, me, Marhanis and Kak Anum.

That's all overseas and local places that I've been visited for 2013. Everything was great and wishing I could give another visit again especially for China and Thailand. For 2014 still loooooooooong way to go. Perhaps we could have good flight ticket to someplace that we really wish to goooo.. InsyaALLAH.

How I'm gonna celebrate tonight? My counterpart wish me have a funny new year celebration, but I think I just stay at home rather than join all the crowds and get busy on the road.



Happy New Year.

Assalamualaikum.. :)

Saya ada 10 jari

Assalamualaikum ibu ayah,

Saya ada 10 jari. Saya main kira-kira jari di rumah TokSu di Penang last weekend. Sebelum itu saya ke Bukit Bendera then saya ke rumah Toksu untuk mandi petang sebelum saya bertolak ke Ipoh rumah Atah saya. Tok and Wan otw to Penang, di sebbabkan mereka lagi jauh, saya ibu dan ayah terpaksa bertolak awal sebab ayah sudah nampak mengantuk.

Sampai rumah Atah, saya terus cari mainan saya. Saya suka. Di rumah Tok and Wan, saya tinggalkan Mercedes saya sebab kereta Myvi ayah tak muat nak bawak balik. January 17 nanti saya balik lagi. Yeay.
Saya dah suruh ayah beli kereta besar sebab barang-barang saya banyak..

Saya suka balik kampung. Sampai saja kampung, saya akan take time to adapt with new environment. So saya akan sombong dengan Tok and Makngah. Tapi dengan Wan and Pak Ad, saya senang ja nak mesra. Hihihi. Saya sukaa..

Ini saya pada Sabtu lepas..
Mari kira jarii...
Seronok cuti-cuti balik kampung jumpa keluarga.. Nanti nak balik cuti lagi.. Ibu dah kabar...
InsyaALLAH..

Thursday, December 19, 2013

Irfan.. Irfan..

Assalamualaikum,

Lunch aku yang sepi terkejut apabila terima call dari mak aku bagitau Irfan dapat 7A 1B (Bahasa Melayu). Kami sembang sat perihal Irfan, dia ini suka juga bercakap and buat apa-apa laju, kalau mak aku call suruh mai amik apa-apa dari rumah kami, laju ja dia sampai. Masa dia sekolah rendah, even until now pun selalu kena buli dengan Fuad and Sham. Itu dua orang abang-abang selalu tak mau kawan dengan Irfan, even kalau depa mai tidur rumah mak aku, yang dua orang tue tidur atas katil empuk, Irfan tidur la atas lemek/toto kat bawah. or Irfan kat atas tilam empuk and dua orang itu atas lemek/toto di atas lantai. Punyalah tak mau tidur sesama.

Selalunya mak aku, Cikgu Maznah and Cikgu Din duk marah dua orang besar itu. Tapi buleh kata ja la.. baik sat, then kena buli la lagi. Tapi sejak Irfan dah masuk sekolah menengah, ada la nampak baik sikit. Ada la mau jalan sama-sama juga. Ada la mau ajak p makan nasi kandar sesama. Haihh. Tera nak besar.

Hadiah dapat 7A 1B, Cikgu Din belikan smartphone kat Irfan. Punya la suka, mai tunjuk kat CikMah, CikMat and malam 22Dec aku belanja makan steamboat. Tapi untuk semua, untuk Irfan tak beli apa-apa lagi. InsyaALLAH.

Again, tahniah Irfan... semoga berjaya mencapai cita-cita kamu...

Add on event:
22Dec birthday mak aku yang ke 58 tahun. Wah! Hampiri 60 tahun dah.. Doakan mak panjang umur, di murahkan rezeki, kesihatan yang baik untuk terus beramal ibadat. Hadiah best punya mak aku dapat. Set bilik tidur... even mendapat banyak tentangan, tapi mak berjaya jugaaaa. Hahahaa.. aku salah sorang penentang berani itu.

Masa steamboat malam tue, meja kami paling bising, meja lain ada la elok2, sopan2 duduk grill tapi meja kami semua duk berdiri time duk main masak-masak. Seronok juga... tapi lagi best kalau ada udang, sotong fresh. Jenih family duk makan fresh2, payah kalau jumpa udang, sotong, ketam, ikan yang tak fresh. Haih.






enjoy the show
Semoga ada lagi lepas nie.. lebih ramai boleh join. :)
InsyaALLAH..

Assalamualaikum semua..

Monday, December 16, 2013

Semua woww!

Assalamualaikum,

Kadang-kadang terpikir, kita ada juga jajan, kerepek-kerepek boleh di kunyah bila perut kenyang. Tapi mereka yang mana negara sedang di landa musibah, nak makan pun tiada makanan. Sungguh beruntung kita di sini. Mereka, nak rasa makan KFC, pizza, burger pun susah, entahlah bila kali terakhir mereka makan pun tak pasti. Kita punyalah makanan banyak, even kenyang pun masih nak sumbat lagi. Sebab itu aku sungguh sedih, rasa sayang kalau pada makanan tak habis, ada saki baki makanan kat pinggan. Rasa sayang, rasa makanan tue memanggil-manggil untuk di masukkan dalam perut. Ehhh.

Tapi untuk aku yang makan lalu ini, insyaALLAH aku pun cuba untuk habiskan apa rezeki yang ada dalam pinggan. Cuma aku pun tamak, suka ambil banyak, then kena la paksakan diri habiskan, then perut muncit, then berat badan naik sebab tak senam. Ehhh..

Kita di sini, boleh main-main tablet, kat sana main la apa yang ada di depan mata. Bola yang di gumpal dengan kain or plastik pun jadilah. Itu pun sudah cukup meriah bermain beramai-ramai. Kita sekarang, semua di hujung jari, slides saja tablet, smart phone. Untungnya kita... Ehhh..

Itupun kita masih tak bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH Taala kurniakan pada kita. Masih sombong untuk beribadat pada PENCIPTA. Contoh paling mudah. Aku..

Kita, makan semua ingin yang terbaik. Paling wow... Contoh paling mudah. Aku..

Kita, semua nak cuti tempat hebat-hebat, yang mana perlukan $$$ yang banyak... tempat paling orang lawati..  Contoh paling mudah. Aku..

Kita, semua nak benda paling senang dapat.. Contoh paling mudah. Aku..

Kita, semua nak wowwwwwwww la dalam semua benda.. Contoh paling mudah. Aku..

Jadi, marilah kita bantu mereka ini..

"Apabila anda lelah kerana melakukan kebajian, maka keletihan itu akan hilang dan kebajikan tetap ada"
Ustaz Ismail Kamus.

Assalamualaikum,

Jom balik, perangat gulai ikan yang mak kirim kemarin...