Nuffnang

Thursday, December 19, 2013

Irfan.. Irfan..

Assalamualaikum,

Lunch aku yang sepi terkejut apabila terima call dari mak aku bagitau Irfan dapat 7A 1B (Bahasa Melayu). Kami sembang sat perihal Irfan, dia ini suka juga bercakap and buat apa-apa laju, kalau mak aku call suruh mai amik apa-apa dari rumah kami, laju ja dia sampai. Masa dia sekolah rendah, even until now pun selalu kena buli dengan Fuad and Sham. Itu dua orang abang-abang selalu tak mau kawan dengan Irfan, even kalau depa mai tidur rumah mak aku, yang dua orang tue tidur atas katil empuk, Irfan tidur la atas lemek/toto kat bawah. or Irfan kat atas tilam empuk and dua orang itu atas lemek/toto di atas lantai. Punyalah tak mau tidur sesama.

Selalunya mak aku, Cikgu Maznah and Cikgu Din duk marah dua orang besar itu. Tapi buleh kata ja la.. baik sat, then kena buli la lagi. Tapi sejak Irfan dah masuk sekolah menengah, ada la nampak baik sikit. Ada la mau jalan sama-sama juga. Ada la mau ajak p makan nasi kandar sesama. Haihh. Tera nak besar.

Hadiah dapat 7A 1B, Cikgu Din belikan smartphone kat Irfan. Punya la suka, mai tunjuk kat CikMah, CikMat and malam 22Dec aku belanja makan steamboat. Tapi untuk semua, untuk Irfan tak beli apa-apa lagi. InsyaALLAH.

Again, tahniah Irfan... semoga berjaya mencapai cita-cita kamu...

Add on event:
22Dec birthday mak aku yang ke 58 tahun. Wah! Hampiri 60 tahun dah.. Doakan mak panjang umur, di murahkan rezeki, kesihatan yang baik untuk terus beramal ibadat. Hadiah best punya mak aku dapat. Set bilik tidur... even mendapat banyak tentangan, tapi mak berjaya jugaaaa. Hahahaa.. aku salah sorang penentang berani itu.

Masa steamboat malam tue, meja kami paling bising, meja lain ada la elok2, sopan2 duduk grill tapi meja kami semua duk berdiri time duk main masak-masak. Seronok juga... tapi lagi best kalau ada udang, sotong fresh. Jenih family duk makan fresh2, payah kalau jumpa udang, sotong, ketam, ikan yang tak fresh. Haih.






enjoy the show
Semoga ada lagi lepas nie.. lebih ramai boleh join. :)
InsyaALLAH..

Assalamualaikum semua..

No comments: