Nuffnang

Monday, December 16, 2013

Semua woww!

Assalamualaikum,

Kadang-kadang terpikir, kita ada juga jajan, kerepek-kerepek boleh di kunyah bila perut kenyang. Tapi mereka yang mana negara sedang di landa musibah, nak makan pun tiada makanan. Sungguh beruntung kita di sini. Mereka, nak rasa makan KFC, pizza, burger pun susah, entahlah bila kali terakhir mereka makan pun tak pasti. Kita punyalah makanan banyak, even kenyang pun masih nak sumbat lagi. Sebab itu aku sungguh sedih, rasa sayang kalau pada makanan tak habis, ada saki baki makanan kat pinggan. Rasa sayang, rasa makanan tue memanggil-manggil untuk di masukkan dalam perut. Ehhh.

Tapi untuk aku yang makan lalu ini, insyaALLAH aku pun cuba untuk habiskan apa rezeki yang ada dalam pinggan. Cuma aku pun tamak, suka ambil banyak, then kena la paksakan diri habiskan, then perut muncit, then berat badan naik sebab tak senam. Ehhh..

Kita di sini, boleh main-main tablet, kat sana main la apa yang ada di depan mata. Bola yang di gumpal dengan kain or plastik pun jadilah. Itu pun sudah cukup meriah bermain beramai-ramai. Kita sekarang, semua di hujung jari, slides saja tablet, smart phone. Untungnya kita... Ehhh..

Itupun kita masih tak bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH Taala kurniakan pada kita. Masih sombong untuk beribadat pada PENCIPTA. Contoh paling mudah. Aku..

Kita, makan semua ingin yang terbaik. Paling wow... Contoh paling mudah. Aku..

Kita, semua nak cuti tempat hebat-hebat, yang mana perlukan $$$ yang banyak... tempat paling orang lawati..  Contoh paling mudah. Aku..

Kita, semua nak benda paling senang dapat.. Contoh paling mudah. Aku..

Kita, semua nak wowwwwwwww la dalam semua benda.. Contoh paling mudah. Aku..

Jadi, marilah kita bantu mereka ini..

"Apabila anda lelah kerana melakukan kebajian, maka keletihan itu akan hilang dan kebajikan tetap ada"
Ustaz Ismail Kamus.

Assalamualaikum,

Jom balik, perangat gulai ikan yang mak kirim kemarin...

No comments: