Nuffnang

Thursday, February 6, 2014

happy birthday Didi!

Assalamualaikum,

Ahad lepas kami buat majlis kesyukuran dan kelahiran Didi. Terima kasih pada tetamu yang sudi hadir yang banyak memeriahkan suasana majlis kami sekeluarga. Majlis bermula di pagi hari dengan bacaan Yaassin oleh kumpulan ibu-ibu taman. Ramai juga yang hadir, ibu-ibu taman dalam 42 orang, then sedara mara dalam 20 orang. Penuh juga la rumah mak aku yang comel itu. Alhamdulillah.. selawat dan salam buat junjungan Nabi SAW. Di harapkan dengan segala doa dan ucapan yang di berikan kepada Didi akan menjadikan Didi kanak-kanak yang baik, dengar cakap ibu ayah serta orang yang menyayanginya. Semoga Didi juga akan ingat semua pihak yang sayangi Didi.

Menu tengahari - Nasi Arab, Kurma daging, Ayam masak merah, acar timun serba sedikit kueh mueh. Tok gayat lauk tak cukup, sesudah Subuh, tok buatkan gulai ikan kayu or orang utara panggil ikan mambu.

Menu petang - Laksa, ais kacang, kueh mueh, serta air oren bersama 2 biji kek birthday. Part kek aku sedih juga, Syura bakery tidak memberi kerjasama 100%, ptg Sabtu aku booking cake kat Secret Recipe. Kalau betul-betul tak nak buat kek sy, at least reply la sms, bila sy call sila la jawab. :(

Aktiviti petang ialah:
1. Sukaneka bersama kanak-kanak
2. Istana Belon
3. Dua orang clown.

Sukaneka yang kami anjurkan:
1. Isi air dalam botol guna sponge
2. Bawa bola pinpong dengan sudu
3. Bawa getah dengan straw dan isi ke botol
4. Pijak belon sehingga pecah
5. Kerusi music kanak-kanak
6. Kerusi music dewasa (Lelaki dan Perempuan asing)
7. Anak mencari Ibu
8. Semakin jauh semakin sayang

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, aku as runners banyak la gerak sana sini. Malamnya semua penah. :)
Enjoy our pictures.

Assalamualaikum....























































































































































































































































































No comments: