Nuffnang

Sunday, February 9, 2014

Malam Cinta Rasul

Assalamualaikum,

Aku berfikir, kadang-kadang aku kat office masa cilok main FB, ada juga 'Terbaca' ilmu-ilmu bermanfaat dari page yang aku like, tak kurang juga sahabat-sahabat share di wall mereka. Even aku 'mencuri' di kala itu, aku mohon ALLAH TAALA ampunkan dosa-dosa aku. 

Aku nak cakap di sini, aku macam mudah untuk dapat acces ilmu-ilmu begitu, tapi macam mak ayah aku.. Harapkan dari pembacaan buku, surat khabar, mungkin majalah. Kalau kena masa dan rancangan boleh la tengok dari tv. Aku pun lagha, aku doakan mak ayah aku pun sama-sama mereka berdua kejar saham-saham akhirat.

Aku lagha, even now duk layan Running Man sambil type entry ini. Aduih.. Agak sukar untuk berubah.. 

Ayah selalu pesan, ingat hukum ALLAH.. Jangan lupa itu.

Semoga aku ketemu calon suami yang sentiasa ingat dan membawa aku ke jalan yang benar, jalan yang mendekatkan diri aku dengan Maha Pencipta.. Amiiiiiiin.

Sambung balik untuk perenggan pertama di atas. Aku bersyukur atas sebab mudah access internet, tapi ini tidak bermakna aku tak perlu mencari guru... Until now, aku masih gagal untuk mencari ilmu-ilmu dari tempat yang sepatutnya.. Asyik tak p saja, asyik tak join saja. Benda-benda yang menggembirakan part duniawi, aku sunggguh bergedix semangat nak join, nak p.

Aku doakan, kami sekeluarga akan lebih berusaha kearah kebaikkan. Mana yang tidak betul di tegur sama, mana yang baik kami sama-sama berusaha ke arah itu. Di harap redho ALLAH TAALA sentiasa bersama kami. 

Bukan mudah untuk berubah, yang penting kami cuba yang terbaik demi masa sekarang dan masa mendatang kelak. Aduuh. Rasa hati aku sangat tidak tenteram, semoga ALLAH TAAla kurniakan ketenangan hati dan ampunkan atas salah silap aku selama ini.

Aku ingin belajar menjaga lidah agar tidak laser, harus menjaga hati semua pihak dan belajar berada di tempat orang yang merasai situasi tersebut. Bak kata orang putih, by putting myself on the other's shoes. 

Macam malam ini, kami sekeluarga berjaya menonton Malam Cinta Rasul bersama-sama. Siap rakam nak tunjuk kat Didi esok. Semoga banyak stesen tv akan lebih memaparkan rancangan yang mampu memberi kesedaran kepada seisi keluarga, jangan hanya nak tayang cerita yang tidak bermanfaat yang hanya untuk mendatangkan keuntungan. Tapi aku selalu tewas, rancangan hiburan juga menjadi pilihan hati, sebab itu hati makin gelap untuk mendekatkan diri kepada MAHA PENCIPTA.

Aduhhhh.

Semoga ALLAH TAALA membuka hati kami semua.. InsyaALLAH.. AMIIIIIIIIN.


No comments: