Nuffnang

Wednesday, February 5, 2014

Perginya Jaafar meninggalkan aku..

Assalamualaikum,

Malam ini aku rasa malas nak buat semuanya. Tapi selalu memang malas. Then aku sms cikna aku tanya samada adik Azril nak ikut aku balik Perlis malam Jumaat nie.. Then sms aku di balas dengan berita kematian Jaafar atau nama timangan Arwah ialah Paq. 

Arwah ini dua pupu dengan aku. Arwah anak kepada sepupu mak aku, makcik Piah. Arwah ini anak istimewa, rasanya umur dia sekarang dah macam 40-an. Arwah masa kecik demam panas, selalu kena sawan, pening dan jatuh ke lantai. Kesian. Makcik Piah yang jaga Arwah. Arwah baikkk, tak kacau orang. Masa aku balik rumah tok, arwah selalu mai rumah tok sambil bawak kayu dan kole air teh dia. Kadang-kadang pakai kasut, kadang-kadang tak pakai. Tapi arwah memang tak kacau orang.

Arwah panggil aku 'adik ani'. Aku selalu suruh dia menyanyi. Dia akan menyanyi sambil senyum. Betul la orang kata senyuman anak istimewa ini memang ikhlas. Tak penah nampak dia marah, dia tak ketawa, dia cuma senyum saja. Dia baaaiikkkkk sangatt. Ikhlas. Jujur. Arwah la orang istimewa kedua yang aku kenal selepas anak kawan ayah, anak pakcik Man yang mana telah kembali ke rahmatullah juga masa aku sekolah rendah lagi.

Ahli syurga la mereka. Langsung tiada dosa, beruntung ibu ayah mereka. Dapat pahala membesarkan anak-anak istimewa ini. Bakal ahli syurga.. ALLAHUAKBAR..

Berbalik pada Arwah Paq. Last aku tengok Arwah pun dah lama. Masa tue arwah mula sakit, arwah lepas kena sawan, akan duduk dalam rumah saja. Lepas dah ok, baru akan keluar rumah. Last year aku ada p rumah makcik Piah, tapi Arwah duduk dalam rumah. Malu nak keluar rumah... Jadinya aku tak tengok la Arwah. Ya Allah, tika ini aku terbayangkan wajah Arwah. Senyuman arwah.. Nampak gigi yang tak tersusun masa arwah senyum. Arwah pembersih. Mandi mesti nak sabun wangi wangi. Dulu sabun yang Arwah suka, sabun burung yang warna hijau tu ataupun sabun Lux.

Arwah jenih tidak telanjang. Selalu pakai seluar, baju ikut keadaan. Lepas mandi bersih bersih pakai elok-elok. Makan and minum air teh dalam kole dia. 

Syurga laa tempat buat Arwah. Nikmat di dunia Arwah tak dapat kecapi, tapi di akhirat sana, syurga menanti baginya.. Semoga ALLAH TAALA tempatkan Arwah bersama orang-orang beriman..

Kematian itu pasti, cuma macam mana kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi kematian haruslah di mulakan dari sekarang. Arwah sudah tahu macam mana penggakhiran kehidupannya, kita yang sihat waras, bagaimanalah agaknya. Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik setiap hari. Benar, tiap kita mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan, sama-samalah memperbaikinya, InsyaALLAH..

Al-fatihah buat Arwah Jaafar bin Musa.

Paq, sentiasa di ingatan adik Ani..... ):

Photo credit to: Here for sabun burung
Photo credit to: Here for sabun Lux

No comments: