Nuffnang

Saturday, April 5, 2014

Musim Cinta Rasul

Assalamualaikum,

Sekarang ini, program Selawat & Cinta Rasul semakin mendapat sambutan. Alhamdulillah.. Semoga program sebegini akan berterusan.. Takmau hanya bermusin. Aku perasan, start di kenali selepas lagu Ya Hanana, Ya Hanana.. Didi pun suka lagu Ya Hanana Ya Hanana. Kalau pasang memang kusyuk ja Didi dengar.. Kanak-kanak kan, memang suka laa.. 

Mak aku pun, since now ada live mesti akan suruh record. Ada sekali record kat Alor Setar, ter'delete', punya la mak aku bising.. Mak aku frust sebab tak leh tunjuk kat Didi. Now dah ada 2 rakaman dah. Satu kat Putrajayaa and Pagoh. 

Sememangnya rancangan ini lebih bagus dari rancangan hiburan yang lain. Kita memuji-muji Maha Pencipta dan Kekasih AgungNYA.. semoga cinta dan kasih sayang kita kepada NABI SAW, semakin bertambah setiap masa. Syafaat BAGINDA NABI SAW, yang kita harapkan di akhirat kelak. 

Aku berharap sangat pihak kerajaan memandang serius untuk setiap aktiviti yang bakal di anjurkan akan di kawal selia dengan baik. Janganlah anjurkan konsert-konsert yang mampu merosakkan anak bangsa. Aduh. Sakit jiwa tengok konsert-konsert yang tidak berfaedah. Opps. Even aku pun pernah pergi konsert MLTR, tapi aku still behave. Tak ada pula pakai kurang sopan. Huih.

Ohya, tak jemu selalu dengar alunan lagu dan lirik dari Malam Cinta Rasul. Semoga kita semua peroleh manfaat dari rancangan ini. Pujian untuk Tv AlHIjrah atas usaha yang baik ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW, kekasih ALLAH..

Assalamualaikum semua..

No comments: