Nuffnang

Tuesday, August 12, 2014

Kueh raya 2014

Assalamualaikum,

Tahun ini berjaya aku pujuk mak aku buat kueh raya. Hanya mampu buat kueh samperit dengan cornflakes madu. Jadilah 2,3 bekas dari tak buat langsung. Kami jemaah buat kat rumah tok. Sebab bulan puasa kami pakat jaga tok di hospital. Tok baru lepas operation buang batu karang dalam oundi kencing. Tengah-tengah malam buat kueh raya and esok paginya sesudah soq dah start kacau adunan. Meriah! Buat dengan makcik and cousins. Jenoh menempikkk.

Sayu pula rasa ramadhan dan syawal tahun ni. Bangun-bangun tidoq, kemas rumah sikit then bancuh air untuk orang surau. Kendian, ayah dengan pakcik-pakcik buat sesi bertakbir dari rumah ke rumah. Kendian ayah jemput kawan-kawan untuk datang ke rumah kami pada hari raya ke2. Ada open house sikit. Sememangnya kami memang tak penah buat open house, ada ja sedara dan kawan-kawan mak ayah or anak-anak mereka akan datang beraya. Alhamdulillah.

Semoga kita semua sihat-sihat hendakNYA. Mari menyusun 10jari bermaafan sesama kita. Semoga segala amalan baik kita di terima ALLAH Taala. Yang baik dari ALLAH SWT, yang buruk dari diri aku sendiri..

                           
 

Inilah kueh raya kami! Heeee..


No comments: