Nuffnang

Friday, April 3, 2015

Kerja

Assalamualaikum,

Gembiranya hati apabila pergi balik kerja mak ayah ada di rumah. Pagi-pagi makan breakfast, balik kerja petang makan mak masak. Oh heaven dunia. Bukan tak teringin nak cari kerja di Perlis, teringin tapi belum jumpa lagi unless apply government and hoping to be transferred to Kangar.

Alhamdulillah, harapnya rezeki kami di berkatiNYA, berdoa agar cukup segalanya dalam penuh kesederhanaan. Takmau membazir dan membeli bukan-bukan. 2015 tahun menabung rasanya setelah 2014 seronok berbelanja. Actually tak adalah berbelanja sakan mana, tapi lebeh molek banyak jimat tahun ini.

Otw to office this morning, DJ from IKIM shared something with listeners.

"Keikhlasan adalah seperti semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap". Maknya, keikhlas itu ada, cuma sukar untuk di lihat. Semoga kita semua terus istiqomah, terus berusaha ikhlaskan hati dalam apa jua kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Aku pun masih berusaha keras ikhlaskan hati dalam hidup, harap aku kurangkan merungut dan lebehkan bersyukur dengan segala rezeki yang dikurniakan selama ini.

Dari radio juga,

"Kita di kurniakan mulut, mata, tangan, kaki..seluruh anggota badan makan jagalah dan lalukan perkara yang terbaik, jangan mulut untuk menyumpat, mata untuk melihat perkara tidak baik, kaki dan tangan membuat perkara buruk dan sebagainya".

Berkat hari Jumaat,

Mari kita cuba berbuat baik pada semua, ada rezeki mari buat kenduri sedikit even beri sweets pada rakan-rakan pun di anggapkan kenduri jika kena pada niatnya. :)

Assalamualaikum.

No comments: