Nuffnang

Monday, June 8, 2015

Ingin call!

Assalamualaikum,

Ingin sekali dail nombor itu,
Angkat ganggang telefon pejabat, tangan laju mendail,
Tapi, tiada bersambungan.
Tiada deringan..
Senyap sunyi.

Termenung seketika..

Apakah akan terjadi kalau selamanya gagal untuk di hubungi?

Menangis air mata tiada terhingga,
Akan merindui selalu.

Saat ini pun rindu tidak terkata.
Sebab selalunya mudah sahaja untuk mendengar suara,
Bertanya khabar berita.

Namun, harus bersabar seketika,
Mereka akan pulang juga.
Tunggu sedikit masa saja lagi.

Mereka bukan pergi bergembira,
Mereka pergi mengerjakan ibadat,
Tanah Suci yang semua muslimin ingin jejaki.

InsyaALLAH, segalanya akan di permudahkan sahaja.
Bila yang di kasihi jauh di mata, berdoalah yang baik-baik dan istimewa sekali untuk mereka.

Tadah tangan dan pohonlah dari YANG MAHA ESA.
Sesunggunya, DIA lah pemilik semua hati.

Alhamdulillah. :)

No comments: